SELAMAT DATANG!

Selamat datang ke kedai online kami.Di blogshop ini kami menjual pelbagai jenama cloth diaper dan kami akan pastikan anda mendapat 100% kepuasan sekiranya anda membeli produk yang kami pasarkan disini.Kepada yang belum mengenali cloth diaper dan baru ingin berjinak2 dengan cloth diaper anda telah membuat pilihan yang sangat bijak dan menguntungkan duit poket anda.Bersama-samalah kita menyokong asuhan alami dengan menggunakan produk-produk yang mesra bayi dan tidak mengandungi bahan kimia yang membahayakan mereka..sayangilah anak anda..

ORDER / PERTANYAAN DISINI YA..TQ..\(n_n)/

NAMA :
ALAMAT UNTUK TUJUAN PENGEPOSAN BARANG:
NO TELEFON:
NAK BELI PRODUK APA/SEBARANG PERTANYAAN BERKAITAN PRODUK:
CARA BAYARAN:
EMAIL:

Create a web form here

FOLLOWERS CINTA HIJAU

♥ KENAPA PERLU MENGGUNAKAN CLOTH DIAPER??? ♥

Jimat
Dalam ekonomi sekarang,ibubapa sibuk untuk mencari sumber yang terbaik dalam meminimumkan perbelanjaan bulanan dan memaksimumkan kepuasan..Jawapnnya cloth diapers adalah keputusan yang terbaik bagi ibu bapa yang cuba untuk mengurangkan perbelanjaan bulanan mereka.Pada pandangan saya yang juga merupakan seorang ibu,saya dapat menjimatkan wang saya dalam jumlah yang agak lumayan.saya pernah memakaikan putera kesayangan saya disposable diapers(DD)  selama 2 bulan dan saya menggunakan lebih kurang 360 keping DD.Saya menggunakan lampin jenama Pureen dan saya boleh dapat dengan harga yang murah iaitu RM48.50 untuk 180 keping.Jadi jumlah untuk sekeping DD ialah RM0.27.Mari kita buat kira-kira disini:

Kalau guna DD
 
Harga sekeping  DD jenama murah RM0.27 (tapi kalau pakai mami poko papa pokai gandakanlah harganya ya) x 6 keping/hari = RM1.62

Sebulan  RM1.62 x 30 = RM48.60

Setahun  RM48.60 x 12 = RM583.20

3 Tahun  RM583.20 x 3 = RM1749.60

Jika anda menggunakan cloth diapers

RM30 x 15 = RM 450--->boleh digunakan dari umur new born hingga 3 tahun.


Anda boleh lihat disini bagaimana dengan menggunakan cloth diaper boleh menjimatkan wang anda..malah anda boleh berjimat sehingga RM1299.60 untuk tempoh 3 tahun bagi seorang anak..Bayangkan jika dalam satu tempoh yang sama terdapat lebih dari seorang anak anda yang masih memakai diapers..parah di buatnya..


Lebih Selamat dan Sihat
Percaya atau tidak apabila anda memakaikan DD kepada anak anda sebenarnya anda telah mendedahkan anak anda kepada bahaya atau pembunuh senyap??Hal ini kerana didalam DD terdapat bahan kimia yang sangat berbahaya kepada manusia..DIOXIN yang digunakan dalam proses pemutihan kertas untuk dijadikan DD adalah sangat berbahaya dan boleh menyebabkan penyakit barah,kerosakan hati,penyakit kulit,kerosakan genetik dan kecacatan kelahiran. Dioxin telah disenaraikan sebagai bahan kimia yang paling menyumbang kepada penyebab barah.DD juga mengandungi TRIBUTYL-TIN (TBT) yang terhasil dari pencemaran toksik yang menyebabkan masalah hormon kepada manusia dan haiwan .SODIUM POLYACRYLATE seperti lapisan gel yang terdapat dalam DD anak anda yang bertindak  sebagai bahan penyerap lembapan adalah berbahaya kerana ia dikaitkan dengan ‘toxic shock syndrome’.Bayangkanlah kempen-kempen dan iklan-iklan DD yang menunjukkan bayi berasa kering tanpa berasa basah..tidakkah ini menunjukkan mereka menggunakan Sodium polyacrylate dalam jumlah yang banyak dan memperdayakan pengguna untuk membeli jenama DD mereka dan kesannya ditanggung oleh anak-anak kita.Kajian telah dijalankan bagi menunjukkan bahawa sodium polyacrylate boleh menyebabkan masalah pernafasan dalam kalangan kanak-kanak.Walaubagaimanapun cloth diaper adalah bebas dari bahan kimia dan toksid dan terbukti sangat selamat untuk anak anda.


LEBIH MESRA ALAM
Dengan sifatnya yang boleh dibasuh dan dipakai berulangkali,,cloth diaper ternyata lebih mesra alam berbanding DD yang harus dibuang setelah dipakai oleh bayi anda.DD juga menyumbang kepada sampah yang dibuang isi rumah pada masa kini dan ia mengambil masa sehingga 500 tahun untuk lupus..Bayangkanlah timbunan sampah yang disumbangkan oleh penggunaan DD ini dan tentunya akan bertambah pada masa akan datang yang akan menyebabkan generasi akan datang iaitu anak-anak kita akan terbeban dengan timbunan sampah ini dan menyebabkan pencemaran alam.


LEBIH CANTIK DAN MENARIK
Didatangkan dalam corak dan warna yang menarik antara faktor penyumbang mengapa ibubapa lebih tertarik kepda cloth diaper berbanding DD.Selain itu warna-warna CD yang berwarna-warni dan terang boleh merangsang daya kognitif si manja anda secara tidak langsung.Oleh itu marilah kita sama-sama bertukar kepada CD yang boleh dibasuh dan dipakai berulang kali serta terbukti lebih selamat kepada anak anda!!!

No comments:

Post a Comment